Tentang Kami

Selamat Datang ke
Pasti Bestari As-Siddiq!

Seawal usia kanak-kanak, kaedah π₯ππ’πππ‘ππππ§ππ£ πππ‘ππ’ π₯ππ§π’πππ£ππ£ amat perlu diterapkan untuk memberi ransangan minda sewaktu belajar.
ππ¨π‘ ππππ₯π‘ING adalah kaedah yang akan kami terapkan sepanjang persekolahan.
KAMI ADALAH PILIHAN YANG TEPAT!
Pengenalan
Pasti Bestari As-Siddiq ditubuhkan pada tahun 2020 bertujuan untuk membantu ibu bapa dalam memberikan tarbiyah sahsiah tanpa mengabaikan bidang ilmu melalui pelbagai komponen mata pelajaran kepada anak-anak mereka.
Guru-guru di Pasti Bestari As-Siddiq terdiri daripada mereka yang berpengalaman dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak. Selain daripada mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia, guru-guru kami turut berpengetahuan luas dalam bacaan Al-Quran, jawi, bahasa Arab, bahasa Inggeris dan tajwid.
Di Pasti Bestari As-Siddiq, kami mensasarkan untuk melahirkan Hafiz Cilik setelah tamat belajar selama 3 tahun. Untuk mendukung cita-cita kami, para pelajar akan diasuh serta dilatih untuk membaca Al-Quran dengan lancar dan menghafal ayat-ayat lazim serta surah-surah pilihan sepanjang persekolahan.
Salah satu keistimewaan di Pasti Bestari As-Siddiq adalah kami menerapkan sistem pendidikan secara ‘Fun Learning‘. Para pelajar tidak akan hanya tertumpu kepada satu medium pembelajaran sahaja. Kami menggunakan pelbagai bentuk media, permainan interaktif dan alat bantu mengajar yang menyeronokkan dan menarik minat pelajar dalam proses pembelajaran.

Hari Pertama Persekolahan dalam Norma Baru
(Pandemik Covid-19) Tahun 2021


Pakej di Pasti Bestari As-Siddiq
PASTI
- Bermula pada jam 8.00 am berakhir pada jam 12.00 pm.
- Yuran bulanan RM100.00
PASTI PLUS
- Dikenali juga sebagai Pakej Transit
- Bermula pada jam 8.00 am berakhir pada jam 5.00 pm.
- Yuran bulanan RM280.00
- 3 kali makan ; minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.
- aktiviti waktu transit (selepas sesi pembelajaran pagi) : praktikal solat, tidur, kelas intensif (membaca dan menulis).
**Cuti sekolah, kelas kreatif(daycare) disediakan.
PASTI BESTARI AS-SIDDIQ
maklumat kami
