Syarat dan Peraturan

SYARAT DAN PERATURAN PASTI BESTARI AS-SIDDIQ, MARANG, TERENGGANU
- Semua pelajar dikehendaki mengikuti waktu pembelajaran PASTI Bestari As-Siddiq yang telah ditetapkan. Waktu Pembelajaran adalah sebagaimana berikut:i. PASTI : Bermula pada jam 8.00 am berakhir pada jam 12.00 pm.
ii.PASTI PLUS : Bermula pada jam 8.00 am berakhir pada jam 5.00 pm.
(Sila ambil anak-anak Tuan/Puan sebelum jam 5.30 petang dan hari khamis sebelum jam 5.00 petang. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan cas tambahan sebanyak RM 5 untuk setiap setengah jam.) - Pelajar wajib memakai seragam PASTI setiap hari, kecuali pada hari Selasa (hari sukan).
- Bagi pelajar PASTI PLUS, perlu membawa pakaian untuk sesi petang.
- Tuan/Puan dikehendaki memaklumkan kepada guru bertugas jika pelajar tidak dapat hadir ke sekolah.
- Yuran pendaftaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada hari pendaftaran PASTI yang akan dimaklumkan kemudian.
- Yuran bulanan hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 7hb pada setiap bulan.
- Yuran bulanan hanya dikenakan untuk pembelajaran bulan Januari hingga November.
- Sesi persekolahan tidak akan dibuka pada Disember. Sekiranya Tuan/Puan ingin menghantar pelajar pada bulan tersebut, bayaran tambahan akan dikenakan untuk bulan tersebut.
PERINGATAN: Sila lampirkan bersama :
- Salinan Sijil kelahiran Pelajar
- Salinan My kid Pelajar
- Gambar pelajar (berukuran passport)